Transform Your Ideas Into Multiple Income Streams

Salam Sejahtera & Selamat Datang

Kini anda berpeluang memiliki laman web sendiri yang lebih dinamik pada harga yang begitu murah. Laman web ini boleh dikemaskini dan diubahsuai oleh anda sendiri mengikut citarasa anda secara online dengan mudah walaupun anda buta IT. Anda juga boleh memiliki laman web mini, laman web affiliate dan laman web yang menggunakan shopping cart pada harga yang murah.
Mempunyai laman web sendiri adalah sesuatu yang penting bagi seseorang usahawan. Tidak kiralah usahawan kecil atau besar, produk fizikal atau produk digital, laman web memainkan peranan yang penting untuk anda mendapat lebih keuntungan dan publisiti.

Walau bagaimanapun proses belajar membina laman web mengambil masa yang lama. Anda perlu menghadiri seminar, bengkel atau kursus perniagaan internet, membaca e-book dan buku panduan teknikal yang hanya memberitahu anda apa yang perlu dilakukan, selebihnya terpulang kepada anda untuk mempraktikkannya. Mungkin juga anda mempunyai segala software yang diperlukan untuk membuat laman web tetapi mampukah anda pelajari kesemuanya dengan berkesan.
Saya menyediakan perkhidmatan membina laman web dengan kos yang terlalu murah dan proses berurusan juga mudah. Semua urusan boleh dilakukan menerusi internet, tidak perlu berjumpa. Jika perlu, urusan boleh dibuat menerusi telefon atau YM. Yang penting proses urusan membina laman web anda akan dilakukan sesenang dan semudah yang mungkin. Anda bakal memiliki laman web dengan kos yang paling minima tetapi tetap memberi impak yang besar.
Sila hubungi saya untuk makluman lanjut
Ringkasan Perkhidmatan
Laman Web Biasa & Laman Web Mini
Sesuai bagi anda yang hendak menjual produk digital atau fizikal. Juga bagi sesiapa yang hendak menyebarkan apa sahaja maklumat di dalam laman web yang ringkas. Laman web akan dilengkapkan dengan segala fungsi atau tools.
Laman Web Affiliate
Untuk anda yang ingin menjual produk fizikal atau digital dan mempunyai agen yang ramai untuk mempromosikan produk anda.
Laman Web menggunakan shopping cart
Miliki laman web berkonsepkan shopping cart.
Laman web shopping cart terkini yang dalam proses pembinaan : http://shoppeclick.com
Laman Web dinamik CMS yang boleh dikemaskini sendiri
Kini anda boleh edit content, tambah menu, gambar dan page tanpa perlu bantuan webmaster lagi.
Info Terkini
Saya dapati banyak permintaan untuk laman web CMS. Ini disebabkan kemudahan bagi tuan punya laman web untuk membuat penambahan kandungan dalam laman web tanpa pertologan webmaster. Disamping itu software Joomla yang digunakan mempunyai pelbagai modul yang membuatkan laman web senang dicapai dicarian internet.
Saya dalam proses membina layout yang berkualiti untuk pelanggan. Sila lihat layout yang saya berjaya siapkan setakat ini :
ps : Muka hadapan template demo sengaja dihasilkan dalam bentuk blog (frontpage blog) untuk menunjukkan modul atau ruang didalam template tersebut.

