Pada peringkat awal laman-laman web telah dicipta menggunakan editor teks yang mudah seperti notepad, dan dikodkan dalam HTML. Ini memakan masa yang lama dan memerlukan pengetahuan yang mendalam tentang HTML dan sebagainya serta ia dilakukan oleh orang yang sangat teknikal IT.
HTML sahaja tidak mencukupi untuk lakukan semua perkara yang pembina laman web ingin lakukan, oleh sebab itulah teknologi web lain telah diguna, terutamanya seperti skrip JavaScript dan PHP. Bahasa skrip ini telah digabungkan dengan HTML untuk membuat laman web dinamik, dan merealisasikan kemudahan untuk menyediakan borang maklum balas, buku tetamu, kalendar dan lain-lain. Cascading style sheets digunakan secara meluas bermula dari 2005, dan selepas itu banyak template page dihasilkan.
Bermula pada 2008 laman web baru telah menggunakan :
- HTML +CSS template
- HTML +PHP + CSS template
- HTML +ASP + CSS template (Microsoft sites)
Sememangnya sejarah pembinaan laman adalah panjang, ini adalah sedikit maklumat, belum lagi termasuk cerita tentang platform blogging, MYSQL, CMS dan banyak lagi.
Kesimpulannya, proses membina website basic sebenarnya tidak memakan masa yang lama. Dalam masa kurang dari satu minggu, satu website yang berfungsi sepenuhnya mampu disiapkan. Yang menjadikan proses menyiapkan website lama adalah lebih kepada kelewatan mendapat content untuk dimasukkan.
Untuk membuatkan proses menyiapkan website berjalan lancar, anda sebagai tuan punya website mestilah menyediakan maklumat yang hendak dimasukkan kedalam website. Maklumat yang asas sudah cukup, kerana proses penambahan maklumat boleh anda lakukan sendiri kelak apabila website sudah siap.